bacalah untuk mendepani realiti dunia yang pantas berubah dan berkembang maju

'' Sabar penghilang penat, tekun pembawa berkat'' Dalam minitis arus kemodenan ini, sering sekali aktiviti membaca diketepikan dengan pelbagai alasan. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan. Namun, sejauh manakah amalan membaca dipupuk? Sejauh manakah usaha-usaha yang dilakukan berkesan?
     Membaca bukannya hanya tertumpu pada tujuan untuk menghadapi peperiksaan. Akibat keutamaan keputusan cemerlang peperiksaan, tujuan untuk melahirkan modal insan yang benar-benar bermutu dan menghargai ilmu pengetahuan semakin berkurang. Apakah yang telah berlaku dalam sistem pendidikan kita?
     Demi mencapai sasaran Dasar 40:60 pelajar sastera-sains, selalunya keperluan pelajar sastera diabaikan dan pelajar sains juga menghadapi masalah yang sama. Ibu bapa kini kelihatan kurang mengambil berat sama ada anak-anak mereka memang bermaklumat ataupun hanya pandai menjawab soalan peperiksaan. Tambahan pula, pelajar kini kurang kebebasan untuk melakukan kerja yang disukai mereka. Semuanya kena ikut skema, peraturan. Hari-hari pergi ke sekolah, jumpa orang yang sama, buat kerja yang sama. Bagaimanakah mereka dapat melihat harapan dalam era persaingan yang sengit ini? Kita sering membaca berita dan pembaharuan negara-negara maju, gunakan tablet untuk menjimatkan kertas untuk mencetakkan buku teks dan berbagai-bagai lagi. Semuanya kreatif-kreatif belaka. Kita ni masih dalam bilik darjah, masih sama umpama 10 tahun yang lalu, yang sedihnya, masih lagi gunakan cara yang lama dan lapuk. Bila pembaharuan dibuat, perubahannya tidak jauh semuanya terikat dengan kos dan sumber yang kekurangan juga mengelakkan masalah yang bakal timbul.
     Tapi apa-apapun kekurangan yang kita hadapi, saya sarankan pembacaan luas iaitu membaca tanpa mengira bidang. Sebagai contohnya dalam bidang perubatan agar kita tahu serba sedikit tentang penyakit tertentu, baca surat khabar untuk mengetahui isu-isu semasa dan bukannya menunggu untuk menjadi katak di bawah tin kosong. Kuasai teknologi yang ringkas terdahulu sebelum menguasai teknologi yang canggih dari SEKARANG JUGA.
     Bilakah kita dapat menggunakan sumber dengan sepenuhnya sebelum sumber intelek kita berhijrah ke luar?

Comments

Popular Posts