contoh ulasan video




SEMESTER I SESI 2016/2017
FAKULTI  TEKNOLOGI KEJURUTERAAN
KURSUS: IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (REKA BENTUK PRODUK) DENGAN KEPUJIAN
MATA PELAJARAN: FALSAFAH SAINS DAN TEKNOLOGI
KOD MATA PELAJARAN: BLHW 1722

ULASAN FILEM PENDEK:
TAJUK:
PROTO
PANJANG TEMPOH MASA: 15 MINIT 5 SAAT
ALAMAT CAPAIAN FILEM: https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Ji8va4IMmmY

DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : anonymous
NO. MATRIK : B12345678
DISEDIAKAN UNTUK:
DR. Ammmmmm...
PUSAT BAHASA DAN PEMBANGUNAN INSAN
PENDAHULUAN  
Tajuk filem pendek yang diulas ialah Proto. Ulasan ini dibuat berdasarkan satu filem pendek yang boleh dicapai melalui alamat URL https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Ji8va4IMmmY .Tempoh lama masa filem pendek ini disiarkan adalah sepanjang 15 minit 5 saat.
ISI PENTING FILEM PENDEK
Filem pendek ini diarahkan oleh  Nick Pittom dengan beberapa orang pelakon yang melakonkan watak sebagai profesor, pemain ping pong, General, gadis Champagne, tetamu VIP, juruteknik makmal dan robot. Antaranya, Mark Aiken melakon sebagai Profesor Andrews, Matthew Steer sebagai Simon, Kim Jensen sebagai pemain ping pong, Ole Dupon sebagai General, Signe Unmack Larson sebagai gadis Champagne, Niels Christian Nielsen, HYS Bang, Kare Fjalland, Bjarne Jonsson melamar sebagai tetamu VIP. Niels Jul Jaconsen, Nicolai H. Christiansen, Soren Hundevadt, Martin Fondt, Andres Bogild, Aske Olesen, Peter Richardson dan Stefan Fjeldmark sebagai juruteknik makmal
Filem pendek ini secara keseluruhannya menceritakan tentang perasaan, kehidupan serta cabaran yang dihadapi seorang robot yang bernama Proto. Proto sebuah robot yang bijak tetapi tidak direstui oleh Profesor Andrews. Profesor Andrews telah campur tangan dan membantah secara tiba-tiba apabila Simon dan rakan kerjanya menghayati dan bertepuk tangan untuk persembahan biola Proto. Profesor Andrews bertanyakan Simon apakah persembahan tersebut dengan marah. Simon jawab dengan selamba dan bersahaja dengan menyatakan bahawa Proto mesti suka main biola. Simon diarahkan untuk menjauhi Proto daripada Symphony yang mengajar Proto main biola. Profesor Andrews juga memberi amaran kepada Simon supaya perkara ini tidak berlaku lagi kerana Profesor Andrews berpendapat bahawa mesin seperti Proto tidak mempunyai perasaan seperti suka akan sesuatu. Proto berasa sedih terhadap perkara ini. Walaubagaimanapun,  Simon menggalakkan serta memberi semangat kepada Proto.
Kandungan filem pendek ini menerangkan tentang  sikap tamak manusia yang ingin memonopoli dan mengaut keuntungan dengan kecanggihan teknologi yang dicipta. Sebagai contoh, Profesor Andrews menerangkan dan medemostrasikan Proto dengan bermain ping pong bersama manusia. Profsor Andrews memberitahu  General dan hadirin yang ada bahawa Proto tidak mempunyai perasaan, tidak mempunyai kebebasan untuk membantah, taat dan sesuai untuk bidang  ketenteraan. Hal ini menunjukkan Profesor Andrews menginginkan sesuatu daripada Proto. Profesor Andrew juga menyatakan bahawa sistem Proto boleh diadaptasi untuk berperanan dalam ketenteraan dan mampu menjadi tentera yang terbaik. Proto telah memecahkan skrin dengan raket ping pong untuk membantah selepas mendengar penjelasan Profesor Andrews itu yang ingin mempergunakan sistemnya untuk tujuan ketenteraan. Semua general dan wakil tentera meninggalkan makmal tersebut selepas Proto memecahkan skrin walaupun Profesor Andrews merayu.
Selain itu, kandungan filem pendek ini juga menjelaskan bahawa robot tidak semestinya hanya mendatangkan keburukan. Seperti yang Simon katakan, perkembangan Proto mempunyai potensi yang tinggi tidak semestinya perkara yang buruk malah mempunyai potensi yang tinggi walaupun dibantah oleh Profesor Andrews yang hanya memikirkan kepentingan robot dalam bidang ketenteraan. Di samping itu, kewujudan Proto telahpun menghiburkan kehidupan Simon. Simon berasa gembira apabila Proto menang dalam lawanan ping pong bersama manusia. Proto juga menghalang kelompok robot dijadikan sebagai abdi dan alat untuk tentera. Hal ini menjelaskan kehebatan robot. Kehebatan tersebut apabila digunakan untuk tujuan yang baik akan mendatangkan kebaikan kepada manusia.
Dalam mengembangkan watak Proto, pengarah telah memasukkan unsur-unsur manusia seperti perasaan, emosi dan kasih sayang dalam perwatakan Proto. Proto telah mengajak Symphony untuk melarikan diri setelah merasakan diri dipergunakan. Tindakan tersebut mirip dengan manusia yang beremosi. Di samping itu, tindakan Proto yang memecahkan skrin dengan raket ping pong juga menunjukkan robot yang dicipta itu seolah-olah mempunyai fikiran dan jati diri. Selain itu, Proto telah menyelamatkan Symphony apabila Symphony membunuh diri dengan menurun dari tingkat teratas bangunan makmal. Hal ini mirip dengan tindakan manusia yang sedang bercinta. Kedua-dua robot ini dipersonifikasikan seperti manusia. Mereka mempunyai emosi sama ada bersama dengan manusia atau dengan robot. Proto boleh berasa sedih apabila dikritik dan tidak direstui oleh Profesor Andrews. Tindakan mereka juga serupa dengan manusia. Kedua-dua robot tersebut mempunyai tubuh dan bahagian tubuh yang bentuknya sama dengan manusia. Robot Proto dan Symphony mempunyai jari dan kaki yang boleh gerak seperti manusia. Sebagai contoh, Proto dapat bertindak sebagai pemain ping pong dan berlawan dengan manusia manakala symphony dapat main biola dengan baik sekali dan mengajar Proto untuk main biola.
Selain itu, watak Simon dalam filem ini menunjukkan perasaan sayang dan cinta walaupun dengan robot. Simon melayan Proto seperti manusia. Dia menggalakkan Proto supaya tidak sedih apabila Profesor Andrews mengatakannya tidak berdisiplin. Di samping itu, Simon merayu kepada Proto supaya tidak membunuh diri dan hal ini menjelaskan Simon tidak ingin Proto meninggalkannya kerana Simon telah mempunyai perasaan terhadap Proto. Simon juga sentiasa memberi arahan kepada Proto tetapi tidak menghalang apabila Proto mempunyai pemikiran sendiri. Simon juga turut berasa gembira dan memberi pengitirafan dengan memuji Proto apabila Proto berjaya mengalahkan pemain ping pong manusia tetapi hal ini telah membangkitkan kemarahan Profesor Andrews. Profesor andrews beranggapan bahawa robot yang tidak dapat dikawal dan beremosi tidak boleh digunakan. Simon banyak bersabar dengan gelagat Profesor Andrews dan menyarankan Proto supaya mengikut araha Profesor Andrews dengan alasan Profesor Andrews merupakan orang yang bijak.
Beberapa perkara yang sangat ditekankan dalam filem pendek ini ialah hubungan teknologi robot dengan manusia. Manusia seharusnya tidak mementingkan diri dengan mempergunakan robot untuk tujuan yang tidak baik seperti gunakan robot dalam peperangan kerana ia akan meninggalkan kesan yang buruk kapada manusia. Watak Proto jelas mengetahui dan mengelakkan diri daripada diperalatkan oleh General dan Profesor Andrews. Perkara ini menunjukkan kematangan watak Proto untuk memastikan keamanan dunia dan sudah tentu mengalahkan manusia yang bersikap tamak dan mementingkan diri.  
Ini menunjukkan bahawa manusia perlu menggunakan kecanggihan teknologi yang ada dengan baik. Manusia seharusnya mempunyai sikap kasih sayang dan  memikirkan kesan buruk penggunaan teknologi untuk tujuan ketenteraan. Robot yang dicipta mungkin membantah pada suatu hari nanti apabila mereka merasakan bahawa mereka telah diperalatkan. Sebagai contoh, Proto telah menunjukkan kemarahannya pada akhir video ini kerana tidak bersetuju dan tidah boleh sabar lagi dengan Profesor Andrews yang ingin mempergunakan sistem Proto untuk tujuan ketenteraan dengan memecah skrin dan cuba melarikan diri bersama Symphony.
Di penghujung filem pendek ini, pengarah telah memberikan amaran kepada penonton agar tidak menyalahgunakan teknologi robotik. Perngarah telah mengakhiri video dengan keadaan robot membunuh diri. Proto telah mengamuk dan hilang kesabaran sehingga menyebabkan General marah dan tidak lagi melayan Profesor Andrews. Akhirnya, Profesor Andrews tahu akan kesilapannya dan berasa bimbing apabila Proto hilang pada akhir video dan merayu Proto supaya tidak membunuh diri. Hal ini mengingatkan kita agar berfikir sebelum kehilangan sesuatu yang kita miliki.
PENDAPAT PENGULAS :  KEKUATAN ATAU KELEMAHAN FILEM PENDEK SERTA IMPAK TEKNOLOGI TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA
Secara keseluruhannya, pengulas berpendapat bahawa filem pendek bertajuk Proto dari alamat https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=Ji8va4IMmmY adalah amat menarik sekali. Filem Proto mengambarkan kemungkinan kehidupan manusia pada masa akan datang dengan kebijaksanaan robot yang amat canggih sebagaimana robot boleh menjadi teman manusia. Sebagai contoh, robot Symphony mampu membawa hiburan kepada manusia dengan persembahan biolanya malah Proto mampu menjadi teman terhadap anak tunggal dan ___________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Filem ini telah dapat memberikan inspirasi kepada para pemuda dan saintis untuk mencipta robot baru yang bukan untuk kepentingan diri malah untuk kepentingan sejagat. Contohnya, Simon telah menunjukkan  __________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Pengulas mendapati bahawa terdapat beberapa kekuatan/kelemahan dalam filem pendek ini. ___________
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Ini jelas terbukti apabila filem pendek ini berjaya/tidak berjaya memberi impak pemahaman tentang penggunaan teknologi kepada manusia.  Pengulas juga ingin memberikan saranan dan cadangan dalam ______________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Pengulas juga berpendapat bahawa ________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENUTUP
Secara kesimpulannya, filem pendek ini telah dapat memberikan pengajaran kepada manusia agar menggunakan teknologi yang ada dengan niat yang baik. ________________________ ______________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Comments

  1. "Try our latest software for free for 30 days! No credit card required to register." for complete information visit our website here https://waktogel303.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts